Tuesday, July 14, 2009

Tertutup Hati ( Sharon Paul / Sulu sarawak ) on Nurul * Congrats Nurul on ur album!!


KUALA LUMPUR, 14 JULAI 2009: Kemunculan album solo terbaru Nurul Wahab berjudul Tika Cinta yang dilancarkan minggu lalu, membuktikan bahawa janda kepada komposer Ajai ini masih bersemangat untuk terus menyanyi walaupun tidak lagi bersama bekas suaminya.

Selama ini ramai tahu Nurul sentiasa berkarya dengan Ajai tetapi selepas bercerai Nurul perlu mencari hala tuju sendiri untuk meneruskan kerjaya seninya itu.

Hasilnya selepas bernaung di bawah label Metadome Sdn Bhd, Nurul berkerjasama pula dengan komposer dan produser lain supaya imejnya tidak lagi dibayangi Ajai sekalipun mereka tetap berkawan baik dan tidak bermusuhan.

"Bagi Nurul semua ini satu peralihan angin dan pembaharuan yang Nurul perlu lakukan. Kali ini Nurul menggunakan khidmat komposer seperti Sharon Paul, Tam Spider dan M Nasir.

Nurul turut bekerjasama dengan penulis lirik seperti Abie Abdullah menerusi Kala Hati, Ahmad Fedtri Yahya (Sepenuh Jiwa), Sulu Sarawak (Tertutup Hati), Johar dan Johor Lucas (Jadikan Aku Bintang).

Single Tangis Syukur adalah ciptaan Tam Spider bersama Allahyarham Loloq) manakala lagu Bukan Cermin Di Hati menampilkan bakat Nurul sebagai komposer bersama Tam Spider dan M Nasir.


Ikuti wawancara seterusnya dengan Nurul...

Murai: Tahniah atas kelahiran Tika Cinta. Tapi mengapa 5 lagu saja?
Nurul:Pasaran muzik sekarang susah untuk dijangka. Kadang-kadang kalau kita keluar dengan album penuh, hanya 4 lagu saja yang akan disiarkan di radio. Jadi biarlah saya fokus pada kurang lagi tetapi berkualiti.

Murai: Apa istimewanya album ini di mata Nurul?
Nurul:Dari segi sound, ia sangat berbeza dengan album terdahulu. Maklum sajalah, aliran zaman sudah berbeza. Susunan lagu mengikut personaliti saya ketika ini. Terima kasih kepasa Sharon Paul yang begitu kreatif dan membawa gaya persembahan berbeza buat saya.

Murai: Nurul sangat berpuas hati dengan album ini?
Nurul: Ya, sangat berpuas hati kerana ia dibuat di bawah pengurusan team yang kreatif. Saya memberikan sepenuh kepercayaan kepada Metadome dan KC Ismail kerana mereka tahu apa yang sesuai buat saya.

Murai: Ada suara cakap, imej Nurul untuk kulit album ini terlalu seksi. Ye ke?
Nurul: Ia mungkin seksi pada sesetengah orang. Gambar itu pihak Metadome yang tetapkan dan pilih. Ia dirasakan pose yang paling sesuai dengan album saya itu.

Murai: Jadi adakah ini bermaksud Nurul akan menjadi semakin seksi?
Nurul: Oh itu seksi untuk sesi fotografi saja. Seksi biarlah bertempat dan kalau buat persembahan pentas atau di kaca TV, saya berpada-pada.

Murai: Bagaimana pula penerimaan anak Nurul, Ayu apabila melihat ibunya makin seksi?
Nurul: Ayu faham dengan kerjaya saya dan dia semakin dewasa. Asalkan kita jangan keterlaluan sudahlah.

Murai: Adakah Nurul seksi kerana dilamun cinta atau mahu memancing perhatian lelaki?
Nurul: Saya hanya menjadi diri saya dan tidak pernah memikirkan perkara seperti itu. Saya menjadi artis bukan kerana mahu memancing lelaki tapi disebabkan minat dan mahu tonjolkan bakat. Saya telah melalui episod suka-duka dan ia semua adalah hal peribadi yang saya tidak campuradukkan dengan karier. Saya percaya kita kena sayangi diri kita sendiri sebelum menyayangi orang atau meminta orang menyayangi kita.

Murai: Sampai bilakah Nurul akan terus keseorangan?
Murai: Buat masa ini biar dulu, tapi untuk masa depan saya tidak berani buat spekulasi. Kalau sampai masa, benda itu (perhubungan) akan berlaku dan saya akan terima sesiapa sahaja yang jujur dan ikhlas.

Murai: Adakah sejak bercerai Nurul pernah bercinta?
Murai: Memang dulu ada. Tapi apabila hubungan kami terdedah dan mendapat tentangan, dia terus undur diri. Itulah, tak semua orang faham kehidupan sebagai artis.

courtesy : MURAI.COM

No comments:

Post a Comment