Sunday, July 19, 2009

JIKA ENGKAU PERGI won best original composition in LA!!!


Written by Imran Ajmain/Sulu Sarawak Composed by Imran Ajmain Arranged by Eddie Marzuki Verse 1 Bermulanya semua hanya dengan rasa ada saja yang tak kena Rupanya kau berkasih Menyingkir setia Sandiwara penuh dusta Prechorus 1 Kini ku beri satu amaran Jangan nanti jadi cabaran Aku ingin kau memadam kenangan Menjadi mimpi berterbangan Chorus Jika engkau pergi, bulan dan bintang tetap masih di langit Jika engkau pergi, air mengalir takkan berhenti Jangan khuatir tentang diri ku Ku janji takkan merindui mu Verse 2 Bermusim resah hadir membelai Menyentuh hati kecewa Janji sehidup semati Tinggal tiada lagi Impian hancur depan mata Prechorus 2 Semakin terungkap kepastian Biarlah ku rela melepaskan Pada mu cinta cuma lah mainan Sekadar untuk senda bersama Chorus Bridge Puas sudah ku berikan engkau segalanya Jalan cerita pun nyata akan berubah Solo/Music Break Chorus to End Congrats to imran ajmain for the winning of : 1. GOLD ( 1st prize ) for original composition - JIKA ENGKAU PERGI 2. BRONZE ( 3rd ) for r&b/jazz/soul - ONE LAST CRY 3. BRONZE ( 3rd ) for broadway/musical - MARIA Congrats to u im and US! * Smiley mode..

Saturday, July 18, 2009

Dia suka orang lain.



Dia suka " princess " lain...

kecewa sangat...

sigh

ss

Tuesday, July 14, 2009

Tertutup Hati ( Sharon Paul / Sulu sarawak ) on Nurul * Congrats Nurul on ur album!!


KUALA LUMPUR, 14 JULAI 2009: Kemunculan album solo terbaru Nurul Wahab berjudul Tika Cinta yang dilancarkan minggu lalu, membuktikan bahawa janda kepada komposer Ajai ini masih bersemangat untuk terus menyanyi walaupun tidak lagi bersama bekas suaminya.

Selama ini ramai tahu Nurul sentiasa berkarya dengan Ajai tetapi selepas bercerai Nurul perlu mencari hala tuju sendiri untuk meneruskan kerjaya seninya itu.

Hasilnya selepas bernaung di bawah label Metadome Sdn Bhd, Nurul berkerjasama pula dengan komposer dan produser lain supaya imejnya tidak lagi dibayangi Ajai sekalipun mereka tetap berkawan baik dan tidak bermusuhan.

"Bagi Nurul semua ini satu peralihan angin dan pembaharuan yang Nurul perlu lakukan. Kali ini Nurul menggunakan khidmat komposer seperti Sharon Paul, Tam Spider dan M Nasir.

Nurul turut bekerjasama dengan penulis lirik seperti Abie Abdullah menerusi Kala Hati, Ahmad Fedtri Yahya (Sepenuh Jiwa), Sulu Sarawak (Tertutup Hati), Johar dan Johor Lucas (Jadikan Aku Bintang).

Single Tangis Syukur adalah ciptaan Tam Spider bersama Allahyarham Loloq) manakala lagu Bukan Cermin Di Hati menampilkan bakat Nurul sebagai komposer bersama Tam Spider dan M Nasir.


Ikuti wawancara seterusnya dengan Nurul...

Murai: Tahniah atas kelahiran Tika Cinta. Tapi mengapa 5 lagu saja?
Nurul:Pasaran muzik sekarang susah untuk dijangka. Kadang-kadang kalau kita keluar dengan album penuh, hanya 4 lagu saja yang akan disiarkan di radio. Jadi biarlah saya fokus pada kurang lagi tetapi berkualiti.

Murai: Apa istimewanya album ini di mata Nurul?
Nurul:Dari segi sound, ia sangat berbeza dengan album terdahulu. Maklum sajalah, aliran zaman sudah berbeza. Susunan lagu mengikut personaliti saya ketika ini. Terima kasih kepasa Sharon Paul yang begitu kreatif dan membawa gaya persembahan berbeza buat saya.

Murai: Nurul sangat berpuas hati dengan album ini?
Nurul: Ya, sangat berpuas hati kerana ia dibuat di bawah pengurusan team yang kreatif. Saya memberikan sepenuh kepercayaan kepada Metadome dan KC Ismail kerana mereka tahu apa yang sesuai buat saya.

Murai: Ada suara cakap, imej Nurul untuk kulit album ini terlalu seksi. Ye ke?
Nurul: Ia mungkin seksi pada sesetengah orang. Gambar itu pihak Metadome yang tetapkan dan pilih. Ia dirasakan pose yang paling sesuai dengan album saya itu.

Murai: Jadi adakah ini bermaksud Nurul akan menjadi semakin seksi?
Nurul: Oh itu seksi untuk sesi fotografi saja. Seksi biarlah bertempat dan kalau buat persembahan pentas atau di kaca TV, saya berpada-pada.

Murai: Bagaimana pula penerimaan anak Nurul, Ayu apabila melihat ibunya makin seksi?
Nurul: Ayu faham dengan kerjaya saya dan dia semakin dewasa. Asalkan kita jangan keterlaluan sudahlah.

Murai: Adakah Nurul seksi kerana dilamun cinta atau mahu memancing perhatian lelaki?
Nurul: Saya hanya menjadi diri saya dan tidak pernah memikirkan perkara seperti itu. Saya menjadi artis bukan kerana mahu memancing lelaki tapi disebabkan minat dan mahu tonjolkan bakat. Saya telah melalui episod suka-duka dan ia semua adalah hal peribadi yang saya tidak campuradukkan dengan karier. Saya percaya kita kena sayangi diri kita sendiri sebelum menyayangi orang atau meminta orang menyayangi kita.

Murai: Sampai bilakah Nurul akan terus keseorangan?
Murai: Buat masa ini biar dulu, tapi untuk masa depan saya tidak berani buat spekulasi. Kalau sampai masa, benda itu (perhubungan) akan berlaku dan saya akan terima sesiapa sahaja yang jujur dan ikhlas.

Murai: Adakah sejak bercerai Nurul pernah bercinta?
Murai: Memang dulu ada. Tapi apabila hubungan kami terdedah dan mendapat tentangan, dia terus undur diri. Itulah, tak semua orang faham kehidupan sebagai artis.

courtesy : MURAI.COM

Saturday, July 11, 2009

Info

Lyricist for :

Cinta Tiada Akhirnya by Jaclyn Victor
Izinku Pergi by Kaer Azami
Nyala by Aliff Aziz
Lihatlah Dunia for MAHA Project by Pija Mentor and Naufara
Tak Ingin Akhiri by Farah Asyikin
Jika engkau pergi by imran ajmain ( Yusuff's theme song - Samarinda tv3 )

Jika engkau pergi ( duet version by imran & saerah )

kepergian ku by stanly david ( af6 )
Pasti by ramlah ram
Selalu ada by Aiman and Heliza, a duet song
Ku ingin Mu by Jaclyn Victor

Tertutup Hati by Nurul Ab Wahab
Pujaan Malaya by YIN ( new singer )
KITA by Farhan af4

pengganti ( waima ), teman biasa & pergi saat indah ( aiman )

hyrul anuar - sesebuah perubahan
kaer-berakhir di sini

gerimis di hati - siaran di singapura - lagu tema drama

Friday, July 10, 2009

News on SS.


Album pop balada pilihan Naib Juara nasyid Aiman.

TANYALAH sesiapa sahaja apakah album sulung yang paling 'ideal' untuk Aiman, Naib juara Akademi Nasyid 2008, sebuah program realiti hiburan pertama terbitan TV9.

Ramai pihak tentu menganggap album berkonsepkan nasyid paling sesuai dengan kekuatan vokal milik penyanyi Aiman. Sementelah dia juga memang pandai berzanji (nyanyian puji-pujian untuk Nabi Muhammad S.A.W).

Aiman yang mengakui dirinya menyukai nasyid sejak kecil lagi bagaimanapun mempunyai pandangan berbeza.

Album terbarunya yang secara kebetulannya berjudul "Aiman" itu sebenarnya berkonsepkan pop dan balada serta mempunyai lapan buah lagu terbaru.

Lapan lagu tersebut ialah Dusta Berkalang (Lirik: Fedtri Yahya), Hanya Kepalsuan (Ad Samad), Selalu Ada (duet bersama Heliza) (Sulu Sarawak), Pergi Saat Indah (Sulu Sarawak), Kisah Insan (Ad Samad), Teman Biasa (Sulu Sarawak), Menanti Solehah (Fedtri Yahya) dan Cinta Terakhir (Hafiz Hamidun).

Menurut Aiman, para peminatnya menerusi laman sosial Facebook telah melahirkan hasrat mereka yang mendambakan dia menyanyi lagu-lagu genre lain dari nasyid.

"Menerus blog saya, para peminat memberitahu Aiman boleh menyanyikan lagu nasyid dan mereka meminta saya lari daripada lagu-lagu nasyid dalam album sulung saya.

"Oleh itu, saya telah mendengar permintaan mereka untuk membuat percubaan tetapi bukan melakukan perubahan secara mendadak," kata Aiman ketika dihubungi mStar.

Aiman mengakui buah tangannya "Aiman" itu tidak mungkin dapat menyongsong naluri, jiwa dan darah nasyid yang mengalir dalam tubuh badannya.

Lebih-lebih lagi, buah epal yang ranum dan ditiup angin tidak mungkin jatuh jauh daripada pokok asalnya. Begitu juga dengan Aiman. Nasyid adalah nadi Aiman dan sebaliknya.

Meskipun album itu berkonsep pop, Aiman berkata, album yang dihasilkan selama lima bulan itu masih mengekalkan identiti nasyid. Dua buah lagu nasyid tersebut, katanya, ialah Dusta Berkalang dan Menanti Solehah.

"Secara terus-terang, lagu pilihan saya dalam album Aiman ialah lagu Menanti Solehah.

"Lagu itu mempunyai burdah-burdah (lenggok-lenggok) Arabik yang menarik," kata Aiman yang tercalon sebagai Finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) 2008 untuk kategori Artis Baru Lelaki Popular 2008 dan Artis Nasyid Popular 2008.

Lagu-lagu lain dalam album Aiman mempunyai kekuatan tersendiri. Lagu Dusta Berkalang misalnya membolehkan Aiman muncul sebagai finalis Etnik Kreatif AJL 2008 dan lagu Cinta Terakhir adalah lagu Tema Drama Murabbi Astro Prima.

Selepas penampilan album sulung berkonsep pop ini, Aiman akan meneruskan untuk mengeluarkan album kedua yang semestinya berkonsepkan nasyid pada tahun depan.

Sudah semestinya terutama untuk artis muda berusia 19 tahun ini yang antara lain pernah menyertai Pertandingan Tilawah Al-Quran semasa sekolah rendah dan menjadi naib johan dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat daerah Sekolah Menengah.

Album Aiman diterbitkan oleh Arteffects Production dan ditangani sepenuhnya oleh komposer dan penerbit yang kian meningkat naik, Hafiz Hamidun.

Pemuzik-pemuzik handalan yang terlibat menghasilkan album ini ialah Eddie Marzuki (susunan orkestra), Syam Kamikaze (gitar), Ujang Exists (dram), Along Exists (susunan muzik), Kelly (bass), Sotong (dram), Alfa Booty (susunan muzik), Mayya (Violin), Azrul (violin), Yap Yen (Violin), Angela (Violin) dan Nasran (Cello).

ku ingin mu by jaclyn victor

artiste : Jaclyn victor

Bisa abadikah
Bicara cintanya dalam hati
Menyusun janji, melakari mimpi indah
Menguntum rindu
Kita akui ikatan kian setia membara


c/o
Ku ingin mu
Akan ada selalu
Pada tiap detik ku
Setiap langkah ku
Berdua, menyemai kasih di kalbu


Dengar oh sayangku
Dengan mu tiada berdusta

c/o
Ku ingin mu
Akan ada selalu
Pada tiap detik ku
Setiap langkah ku
Berdua, menyemai kasih di kalbu


Seteguh asmara sekian bermula
Usah di ragu harapan itu
Mekarkan semula mahligai bersama

c/o and ending

Ku ingin mu
Akan ada selalu
Pada tiap detik ku
Setiap langkah ku
Berdua, menyemai kasih di kalbu

composer : sharon paul
lyricist : sulu sarawak@ssku

Teman Biasa ( Hafiz Hamidun/sulu sarawak ) for Aiman

Teman Biasa

Berdebar saat mula bersua
Kaku menahan kata terpesona
Dan malu segala bicara jiwa
Hingga angan terlena bila jumpa
Walau sepandang mata

Chorus :

Siang malam berlagu cinta
Penuh indah melodi kita
Terang bulan tersenyum sama
Di hanyut asmara

Merindui selama resah
Masih wajah setiap kisah
Beterbangan rasa gelisah
Kasih percayalah

Selalu dalam hati kau menemani
Meredai sejuta mimpi
Yang telah lama membelai sepi
Menjadi memori

Suara mu menyentuh kalbu
Pada waktu tiada jemu
Hanya satu ku terus menunggu
Seandainya kau tahu
Tulus janji ku

La la la la la la la

Sang bayu menyentuh renungan
Rupanya bayangan
Mainan perasaan berpanjangan

kehadiran bagi nya cuma
Ku teman biasa
Akur menerima

Chorus 2:

Siang malam berlagu cinta
Penuh indah melodi kita
Terang bulan tersenyum sama
Di hanyut asmara

Merindui selama resah
Masih wajah setiap kisah
Beterbangan rasa gelisah
Kasih percayalah

Selalu dalam hati kau menemani
Meredai sejuta mimpi
Yang telah lama membelai sepi
Menjadi memori

Suara mu menyentuh kalbu
Pada waktu tiada jemu
Hanya satu ku terus menunggu
Seandainya kau tahu
Tulus janji Ku


Melangkah momen ke momen
Mencari penjelasan
Sudah ku temui kenyataan
Tidak mudahnya berharapan

La la la la la la

Teman biasa