Thursday, May 14, 2009

Warkah...

Surat Julia@Suria FM

Dear Sulu,

First of all i wanted to congratulate you for a beautiful lyrics of Cinta Tiada Akhirnya....

I
love all the wording and it makes me cry everytime i hear the song!!!
Its a briliant pieces from you and Azlan....and i've told Azlan about
it....

First time i heard Kaer song Izinkan ku pergi.... i cried
because it's really about me....Ghaz was trilled coz the video clips
are just like what i've told him...it's exactly like what had happend
to me when my bf passed away....and i know how sorry Ghaz to me but
hey..this is just a coincidence..i told him the story of my love life
after he did the clips and of course everybody was so shocked to see
the clips...it's so touching!!!

My Dear Sulu,

I'm one of
your fans now and i'm really adore you and i hope to hear a lot from
you and your creative mind!! Gosh!! i wish i can write like
you....hehehehe...well, there's always one Sulu in our
life.....hehehehe...Take care girl!!!

Sincerely,
Julia Shapiee

Izinku Pergi.

Izinku Pergi - Mampukah mencuri hati juri?

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL

SETIAP kali sesebuah lagu muncul sebagai lagu popular, lazimnya peminat hanya
memberikan pujian kepada si penyanyinya sahaja.

Walhal lagu yang baik tidak hanya terletak pada kelunakan suara penyanyinya
sahaja tetapi juga pada keindahan lirik dan melodinya.

Bukan mudah sebenarnya untuk menghasilkan sebuah lagu popular. Pelbagai
rintangan dan halangan perlu ditempuhi.

Itulah yang berlaku pada lagu Izinku Pergi dendangan Kaer Azami yang
merupakan salah satu lagu paling popular sepanjang tahun 2007. Lagu itu dicipta
oleh Azlan Abu Hassan dan liriknya ditulis oleh Sulu Sarawak.

Lagu itu berjaya melangkah ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu Ke-22
(AJL22) yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 27 Januari
nanti.

Azlan sendiri sebenarnya tidak menyangka lagu itu akan berjaya mencuri
perhatian pendengar setelah pelbagai cabaran dilaluinya bagi merealisasikan lagu
berhantu itu.

“Sebelum Izinku Pergi menjadi milik Kaer, ia telah melalui proses
‘perpindahan’ dari satu artis ke satu artis. Bermula dengan seorang artis yang
menjuarai sebuah pertandingan realiti, lagu itu kemudian ‘berpindah’ kepada
seorang penyanyi lelaki popular.

“Memang ketika lagu Izinku Pergi saya buat, saya bayangkan penyanyi lelaki
popular itu yang akan menyanyikannya. Tapi nampaknya, ia bukan rezekinya.

“Ia menjadi milik Kaer apabila saya mencipta lagu Dalam Kenangan untuk album
sulung Kaer. Dia meminta sebuah lagi lagu berentak balada dan saya memberikan
demo Izinku Pergi kepadanya. Tanpa berfikir panjang, keesokannya dia menelefon
saya dan mahu merakamkan lagu tersebut,” jelas jejaka berusia 37 tahun ini.

Bercerita tentang inspirasi mencipta lagu Izinku Pergi, adik kepada komposer
tersohor Adnan Abu Hassan ini memberitahu, dia mendapat inspirasi selepas
mendengar album Josh Groban.

“Namun itu bukan bermakna saya menciplak lagu itu malah soal tersebut tidak
timbul. Cuma, kadang-kala sebagai komposer, kami perlu mendapat inspirasi dari
sesuatu untuk lagu yang bakal dicipta.

“Begitu juga dengan lagu Menyemai Cinta Bersamamu nyanyian Nora yang ilhamnya
datang selepas saya mendengar salah sebuah lagu Mariah Carey,” jelasnya yang
menjuarai AJL 21 pada tahun lalu menerusi lagu Terlalu Istimewa dendangan Adibah
Noor.

Azlan yang turut memiliki studio sendiri iaitu Grooveworks Studio itu enggan
memberikan sebarang komen berhubung Sahri yang akan menggantikan Kaer
mempersembahkan Izinku Pergi pada malam AJL 22 nanti memandangkan Kaer kini
sedang menuntut di Jakarta, Indonesia.

“Itu hak Kaer untuk memilih sesiapa sahaja menggantikannya. Sahri pun tidak
kurang hebatnya dan memiliki vokal yang tersendiri. Malah, seminggu sebelum
separuh akhir dulu, dia datang ke studio dan membuat latihan bersama saya,”
ujarnya lagi.

Ditanya apakah harapannya pada malam AJL 22 nanti, Azlan memberitahu, dia
tidak meletakkan sebarang harapan kerana baginya jika lagu itu berjaya melangkah
ke peringkat akhir, itu sudah memadai dan menunjukkan lagunya diterima.

“Bagi saya, Izinku Pergi sebuah lagu yang istimewa kerana liriknya ditulis
oleh seorang yang begitu baru dalam dunia penulisan lirik. Menariknya, saat saya
menerima liriknya daripada Sulu Sarawak, ia begitu padan sekali dengan melodi
yang saya buat tanpa perlu ubah sedikit pun,” katanya.

Izinku Pergi akan berentap dengan empat buah lagu hebat lain bagi kategori
balada iaitu Ceritera Cinta nyanyian bersama Jaclyn Victor dan Lah Ahmad,
Harapan (Fazli Zainal) serta Kasih Tercipta dan Mahakarya Cinta (Faizal
Tahir).

Pasti- Ramlah ram/Sharon paul/Sulu sarawak



Tajuk Album : Ketentuan

01. Radang Rindu
02. Pasti by sharon paul & sulu sarawak
03. Langit Cinta
04. Hadiah Setiaku
05. Kasih Yang Dulu
06. Bersimpuh Di Pintu Hati
07. Aku Dengan Dunia
08. Cinta Beralah
09. Dirgahayu
10. Ketentuan

Monday, May 11, 2009

" Selalu Ada "

Lihatlah Dunia projek MAHA.


LIHATLAH DUNIA

VERSE 1 Indah tercipta,
langit dan bumi
membatasi akalnya
Mentari bintang
memancar sinar
menghiasi angkasa

TAG 1 Hilanglah segala kisah luka
Burung-burung berkicauan mesra
Menanti saat tiba…bebasnya terbangan.

VERSE 2 Bisikkan rimba
menghamburkan cinta
penuh keamanan rasa
Pepohonan laut
melambai permai
seluruh semesta

TAG 2 Dan tanahku subur menghijau
Menabur penuh bakti abadi
Menjadi syurga kita…hingga akhir nanti

END CHORUS Lihatlah, oh duniaku
Terokainya ,oh alammu

Sumber ada, lestarikanlah minda
Marilah semua, bangun dan janakan

TAG 2 Dan tanahku subur menghijau
Menabur penuh bakti abadi
Menjadi syurga kita…hingga akhir nanti

END CHORUS Lihatlah, oh duniaku
Terokainya ,oh alammu

Sumber ada, lestarikanlah minda
Marilah semua, bangun dan janakan
Jadi wawasan (Jadi Wawasan)
Biar megah tanimu
Tanpa binasa (Tanpa Binasa)
Hargai flora faunaku


Pencipta Lagu : Dato’ Wah Idris
Penulis Lirik : Sulu Sarawak

Jika Engkau Pergi -compose and written : Imran ajmain/sulu sarawak


Jika Engkau Pergi

Bermulanya semua hanya dengan rasa
ada saja yang tak kena
Rupanya kau berkasih
Menyingkir setia
Sandiwara penuh dusta

Kini ku beri satu amaran
Jangan nanti jadi cabaran
Aku ingin kau memadam kenangan
Menjadi mimpi berterbangan

Jika engkau pergi, bulan dan bintang tetap masih di langit
Jika engkau pergi, air mengalir takkan berhenti
Jangan khuatir tentang diri ku
Ku janji takkan merindui mu

Bermusim resah hadir membelai
Menyentuh hati kecewa
Janji sehidup semati
Tinggal tiada lagi
Impian hancur depan mata

Semakin terungkap kepastian
Biarlah ku rela melepaskan
Pada mu cinta cuma lah mainan
Sekadar untuk senda bersama

Puas sudah ku berikan engkau segalanya
Jalan cerita pun nyata akan berubah

Jika engkau pergi, bulan dan bintang tetap masih di langit
Jika engkau pergi, air mengalir takkan berhenti
Jangan khuatir tentang diri ku
Ku janji takkan merindui mu


p.s

Following the release of 'Selamat Ulang Tahun Sayang', Imran's 2nd single, 'Jika Engkau Pergi' is the theme song for TV3's Samarinda's brand new drama titled 'Yusuff'.

It stars Ashraf Muslim, Zed Zaidi, Betty Banafe, Intan Sarafina and many more. Produced by Asia Media Content.

It starts 3rd March, and runs every Monday to Thursday for the entire month. ... Baca Seterusnya

The song was written/composed by Imran Ajmain and Sulu Sarawak. Arranged by Eddie Marzuki.

Nyala by Alif Aziz ( Composer : Azlan Abu Hassan, Lyrics : Sulu Sarawak )


Kala engkau tersungkur di hati
Daku mencurah kasih abadi

Renungkan janji mataku ini

Yakinilah bisa akhirnya

Dengarlah mereka persendakan
Usah gentar menawani cita
Terusan melangkah ke hujungnya
Bangkit segera semangatmu
Tegarkan jiwa jauh dari luka

Biar nyala jangan matikannya
Teguh... gapaikanlah impian itu
Hapuskan duka biar genggam bara dalam kalbu Ku percayakanmu Segalanya... pasti

Pimpini erat tanganku sayang
Kita bersama menanti sinar
Mimpimu menjelang jadi nyata
Tunggu saatnya, kan dimiliki

Tegarkan jiwa jauh dari luka
Biar nyala jangan matikannya

Teguh... gapaikanlah impian itu
Hapuskan duka biar genggam bara dalam kalbu
Ku percayakanmu Segalanya... pasti
Hapuskan duka biar genggam bara dalam kalbu
Ku percayakanmu Segalanya... percayalah Segalanya... pasti
composer : Azlan abu hassan lyrics : Sulu sarawak@ss


p.s Lagu ni beri makna pada SS sebab ada kerabat diraja KEDAH personally called dan bilang sama SS, dia suka lirik ni sampaikan lagu ni digunakan oleh dia dalam menaikkan semangat pelajar-pelajar dia di kolej. Kerabat ni a doctor dan menjadi pensyarah di salah sebuah U tempatan. * Tunku, terima kasih banyak-banyak ya!!

mwahs x0x0

sulu@ss

Tak Ingin Akhiri by Farah Asyikin ( Composer : Azlan Abu Hassan, Lyrics : Sulu Sarawak )


News on SS

Farah Asyikin akhirnya mengakui sudah bercerai pada 26 lalu

TIDAK mampu diselamatkan lagi. Demikianlah suratan dan berakhirnya ceritera perkahwinan Farah Asyikin, 29 tahun bersama pasangannya, Dr Fariz Yahya, 30. Kisah 'perpisahan' sementara yang selama ini hangat diperkatakan berkesudahan setelah mereka secara sah bercerai tanggal 26 Mei lalu.

Sewaktu dihubungi, agak berat juga Farah untuk berterus-terang situasi sebenar. Mengerti bagaimana gejolak rasa hatinya, namun setelah dipujuk, Farah merungkaikan segala persoalan. Tiada secalit dendam terpalit di sanubarinya. Hanya Tuhan saja yang tahu apa jua perasaan yang terdampar di dalam hatinya.

“Beginilah akhirnya kesudahan kisah peribadi saya sesudah kami sah bercerai 26 Mei lalu. Saya menerima segala-galanya dengan penuh reda. Sebab musabab kenapa kami bercerai itu, biarlah hanya saya dan dia (Dr Fariz) saja yang tahu. Begitu juga, sewaktu dalam perbicaraan mahkamah pun, hakim tidak bertanya kerana mungkin peguam saya sudah berpesan (supaya tidak bertanya kenapa kami 'berpisah').

“Sebagai insan yang pernah mengenalinya, saya harap dia akan gembira dengan kehidupannya kini. Saya doakan yang terbaik buatnya dan inilah detik 'permulaan' untuk saya meneruskan perjuangan dalam bidang seni. Saya patut bersyukur kerana insan yang paling rapat seperti keluarga, teman dan peminat setia menyokong saya dari belakang,” katanya sewaktu dihubungi semasa sedang menjalani rakaman program Jangan Tidur Lagi pada 6 Jun lalu.

Kalau boleh diputar mesin masa, ingin saja pemenang Artis Baru Wanita Terbaik Anugerah Planet Muzik (APM) 2008 ini mahu menarik semula cerita 'perpisahan' dan keretakan rumah tangga yang pernah didedahkannya kepada media dan tatapan umum. Terbit rasa terkilan dan ralat di hatinya, namun sebagai insan biasa dia juga tidak mampu menahan dan memendam rasa.

Melalui ruang siber juga, Farah menjadikannya sebagai medan untuk meluah dan berkongsi pelbagai warna rasa kepada pengunjung blognya di farahasyikin.blogspot.com.

“Melalui blog ini, saya selalu melepaskan segala perasaan. Saya bebas dan lapang untuk bercakap apa jua yang saya alami, termasuk soal peribadi kepada peminat dan pengunjung blog saya. Selain itu, blog ini dapat mendekatkan saya dengan mereka. Alhamdulillah hari demi hari, makin bertambah pengunjung blog saya dan setidak-tidaknya terubat juga lara hati dan memberi kekuatan serta inspirasi untuk saya meneruskan perjalanan dalam seni dan kehidupan," ungkap Farah yang sudah menyertai pengurusan syarikat F-Ter Six sejak awal Jun.

Info

# Nama sebenar Farah Asyikin Zulkifli dan dilahirkan pada 11 November 1979.

# Rezeki Farah semakin murah kini, selain sibuk memenuhi undangan persembahan. Farah juga sedang giat membuat latihan untuk pertandingan Ikon 2008 yang ditunda siarannya ke November ini.

# Single terbarunya, Tak Ingin Akhiri ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik Sulu Sarawak sudah pun dibikin video klipnya dan lagu itu dijangka berkumandang pada pertengahan Jun ini.
# Wanita dari Kuala Lumpur yang meledak dengan lagu 1000 Penipuan ini pernah menyertai pertandingan Malaysian Idol musim kedua dan One In A Million musim pertama.

Petikan daripada Berita Harian Online-10/6/2008 Selasa




Tak Ingin Akhiri ada kaitan?
Oleh Norhadiani Baharom
www.hmetro.com.my

TANGGAL 12 Mei ini, genaplah setahun usia perkahwinan Farah Asyikin Zulkifli, 29, serta pasangannya, Dr Fariz Yahya, 30. Sebagaimana pasangan suami isteri lain, pastinya Farah juga mengharapkan rumah tangganya sentiasa aman dan berkekalan.

Namun apakan daya, dalam menuju angka setahun perkahwinan mahligai dibina atas dasar cinta terlebih dulu diuji Yang Maha Esa yang sememangnya sentiasa menduga makhluk-Nya sejauh mana kecekalan, ketabahan dan kesabaran mereka mengharungi setiap dugaan.

Dengan perasaan yang begitu berat dan hati yang berbelah bagi, penyanyi yang popular dengan lagu 1000 Penipuan ini akhirnya tewas daripada menyembunyikan terus masalah rumah tangga yang dihadapi ketika ini.

Tanpa setitis pun air mata, dengan tenang Farah mengakui hampir sebulan tidak tinggal sebumbung dengan suami.

“Benar, saya akui kami tidak sebumbung sejak sebulan lalu tetapi itu bukan bererti saya dan suami sudah bercerai. Berjauhan seketika, untuk memberi laluan kepada kedua-dua pihak mencari ketenangan diri sekali gus menilai kesilapan masing-masing.


“Terus terang, saya dan suami masih berusaha memperbaiki keadaan. Kalau ada kelapangan, kami keluar bersama. Dia pun kerap menjenguk dan menghubungi saya,” katanya.

Setiap rumah tangga yang bergolak pasti ada sesuatu yang mengguris perasaan yang menjadi puncanya. Namun Farah menolak kehadiran orang ketiga sebagai penyebab keretakan rumah tangga mereka.

“Wujud masalah dalam rumah tangga kami yang tidak dapat saya kongsi secara terbuka dengan orang ramai kerana ia terlalu peribadi. Biarlah ia menjadi rahsia hati saya. Apa yang pasti, ia langsung tiada kaitan dengan orang ketiga.

“Saya amat bersyukur tatkala terpaksa mengharungi saat getir ini, keluarga sangat memahami dan menyokong kerana mereka faham tiada siapa yang inginkan perkara sebegini berlaku lebih-lebih lagi terjadi kepada anak sendiri,” katanya.

Enggan terus dibelenggu masalah, Farah membiarkan hari-harinya dipenuhi pelbagai aktiviti seni antaranya dia baru saja selesai menyiapkan rakaman dan video klip single pertama untuk album keduanya, Tak Ingin Akhiri.



Lagu nukilan Azlan Abu Hassan dan lirik Sulu Sarawak ini dikatakan teramat peribadi buat Farah. Barangkali ia mampu merungkai segala persoalan yang bergolak di jiwanya mengenai perasaan dan keadaan rumah tangganya ketika ini.

“Ia mengisahkan harapan seorang wanita kepada suaminya dan saya pasti mana-mana wanita di dunia ini pasti mempunyai pengharapan terhadap suami mereka.

“Pun begitu, saya akui jalan ceritanya ada sedikit kaitan hinggakan tanpa saya sedar saya terlalu 'feel' menyanyikan lagu ini sewaktu merakamkannya,” katanya.

Mengenai konsep album kedua, jika album pertama yang diterbitkan Audi Mok mempertaruhkan lagu berteraskan muzik modern rock sebagai single dan juga 'trademark' dirinya, kemunculan kali ini bersandarkan lagu balada.

Apa yang mengubah pendiriannya sedangkan peminat menerima baik kehadirannya dengan konsep sedemikian hingga diberi jolokan 'Kelly Clarkson Malaysia'?

“Dulu ketika menghasilkan album pertama, saya bimbang apakah muzik saya akan diterima. Selepas kerap kali dimainkan di radio, sambutannya di luar jangkaan. Justeru saya yakin selagi sesebuah karya itu berkualiti, kreatif dan segar ia tetap mendapat perhatian dan sambutan baik daripada pendengar.

“Mengapa balada? Sebenarnya bapa yang beria-ia mahu saya menyanyikan lagu balada sekali gus memilihnya sebagai single pertama. Katanya, muzik yang saya ketengahkan dulu terlalu muda untuk orang tua sepertinya jadi dia teringin sekali hendak dengar saya menyanyi lagu balada untuk album kedua ini.

“Saya pula terfikir kenapa tidak saya mencuba? Malah melihatnya dari sudut positif kerana untuk menjadi penyanyi versatil, seseorang itu haruslah menguasai semua jenis lagu.

“Kebetulan sejak pertama kali mendengar lagu Tak Ingin Akhiri, saya sudah jatuh cinta dan ia membuatkan bulu roma saya meremang. Lagu ini bukan seperti lagu balada lain kerana ia mempunyai elemen dramatik dengan tiga `twist' berbeza di dalamnya.

“Begitupun, unsur rock tetap dikekalkan bahkan saya akan terus bekerjasama dengan Audi Mok. Selain ingin menimba pengalaman baru bekerja dengan beberapa komposer lain antaranya Ajai dan Aubrey Suwito,” katanya.

Baru pulang dari penggambaran video klip Tak Ingin Akhiri yang diadakan di Linggi, Negeri Sembilan baru-baru ini, Farah kelihatan cukup teruja menceritakan pengalamannya sehari suntuk menyiapkan video klip arahan Jason Chong itu.

“Seumur hidup saya tidak pernah berlakon tetapi di dalam video klip ini pengarah mewujudkan unsur drama apabila saya perlu menangis dan beraksi di samping model lelaki yang menjadi pasangan saya.

“Di dalam klip ini saya sebenarnya digambarkan sebagai roh yang sedang bercerita kekecewaan yang dilalui sepanjang bersama suaminya,” katanya.

Farah menambah, album ini bakal berada di pasaran sebaik selesai pembabitannya dalam program IKON yang berakhir sekitar September.

Jelas Farah, memang menjadi keinginannya untuk melihat album kedua segera menemui peminat namun apakan daya kerana IKON menuntut komitmen tinggi dari artis yang terbabit.

Sekadar mengimbas, sebelum IKON, Farah pernah menyertai program realiti Malaysian Idol diikuti One In A Million (OIAM). Kekerapan muncul dalam program realiti tidakkah dia bimbang digelar 'muka realiti'?

“Malaysian Idol dan One In A Million cukup berbeza dengan IKON kerana dua program itu disertai penyanyi amatur dan mereka menggunakan platform itu sebagai mengetengahkan bakat. Malah, peserta menyanyikan lagu orang bukan lagu sendiri.

“Sementara IKON membabitkan peserta yang terdiri daripada penyanyi profesional yang mana melalui tiket ini saya boleh gunakan untuk memperkenalkan kelebihan vokal, genre muzik dan lagu saya yang sesetengahnya tidak pernah diputarkan di radio.

“Program ini secara tidak langsung dapat mempromosikan artis terutama memasarkan bakat mereka lebih-lebih lagi penyanyi seperti saya yang kurang mendapat pendedahan di televisyen.

“Soal menang, siapa yang tidak mahu jadi juara, bukan? Tetapi bagi saya dapat memperdagangkan bakat sudah cukup baik selebihnya, kita serahkan kepada Tuhan,” katanya.

Sebagai pendatang baru, karier penyanyi yang dicalonkan Artis Baru Wanita Popular

ABPBH 2007 menunjukkan tanda positif walaupun jauh di sudut hatinya agak kecewa apabila album pertamanya tidak tercalon dalam Anugerah Industri Muzik (AIM), 3 Mei ini.

Pun begitu, minggu sudah Farah dikejutkan dengan berita gembira kerana dilamar sebagai duta jenama jam tangan terkenal, Roscani.

“Tidak lama lagi saya juga mulai sibuk dengan aktiviti yang diaturkan Roscani. Secara peribadi saya terharu kerana dalam ramai-ramai artis baru mereka meletakkan kepercayaan itu kepada saya,” katanya.


Sunday, May 10, 2009

3 lagu dengan HH dalam album Aiman.


Kemunculan Album AIMAN!

8 lagu dalam album Aiman adalah:- 01) Dusta Berkalang (Hafiz Hamidun/Fedtri Yahya) 02) Cinta Terakhir (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun) 03) Selalu Ada / duet bersama Heliza (Hafiz Hamidun/Sulu Sarawak) 04) Pergi Saat Indah (Hafiz Hamidun/Sulu Sarawak) 05) Menanti Solehah (Hafiz Hamidun/Fedtri Yahya) 06) Hanya Kepalsuan (Hafiz Hamidun/Ad Samad) 07) Teman Biasa (Hafiz Hamidun/Sulu Sarawak) 08) Kisah Insan (Hafiz Hamidun/Ad Samad) * Buat peminat2 serta penyokong Aiman jangan lupa untuk menantikan kemunculan Album Aiman Di Pasaran! p/s Dalam album aiman yang bakal keluar tidak lama lagi, sulu berkesempatan menulis untuk 3 lagu ciptaan HH ( Hafiz Hamidun ). Teruja nak tunggu lagu-lagu tu keluar sebagai " Single " - kalau ada rezeki sulu. Thanks pada adik HH yang bagi peluang dan menghargai bakat SS! Dulu dengan HH ni ingat dia macam tak nak tegur SS, macam sombonglah kiranya, tapi sangkaan SS tu salah, Adik HH ni memang friendly dan SS akui bakat dia ni memang boleh pergi jauh esp dalam bidang komposisi lagu,ss suka b'kerjasama dengan HH sebab dia ni tak banyak karenah, hati pun senang nak buat kerja dengan dia. Adik, gud luck ya in the future! U haf my prayerrrrrrrrrrrr! Mwahs xoxo sulu

Preview lagu Aiman.


Lagu " Selalu Ada " ciptaan Hafiz Hamidun dan lirik oleh saya, ( Sulu Sarawak ), nyanyian Aiman dan Heliza (duet ).

Kalau nak dengar teaser/preview lagu tu, ha..silewlah buat seperti yang tertera pada gambar ittew kay.

mwahs xoxo

sulu

Cinta Tiada Akhirnya by Jaclyn Victor ( Composer : Azlan Abu Hassan, Lyricist : Sulu Sarawak )


Kuyakin cintaku ini
Tak bisa melangkah pergi
Kaku berdiri disini menanti lafaz kasihmu
Biar kau akui aku kekasihmu

Gelora asmara tika bersama
Bunga mekar seluruh semestanya
Mimpi indah kita
Bintang berwarna
Janji setia kita
Selama… ditaman cinta

Cinta tiada akhirnya
Membara kekal kesyurgaMu
Tak usah kau raguiku
Sayangku dengarkan kasih
Aku milikmu selamanya
Percayalah…..

Gelora asmara tika bersama
Bunga mekar seluruh semestanya
Mimpi indah kita
Bintang berwarna janji setia
Kita .. selamanya

Kasih antara kita
Tercipta abadinya
Tak mungkin memisahkan aku dan dia
Ukir namaku dalam cintamu selamanya
Biar semarakkan kasih mu… selalu

Gelora asmara tika bersama
Bunga mekar seluruh semestanya
Mimpi indah bintang berwarna berjanji setia
Kita selamanya ..

Gelora asmara tika bersama
Bunga mekar seluruh semestanya
Mimpi indah bintang berwarna berjanji setia
Kita selamanya .. ditaman cinta

Izinku pergi by Kaer ( Composer : Azlan Abu Hassan, Lyricist : Sulu Sarawak )


Kaer - Izinku Pergi

Sinaran mata cerita segalanya
Duka lara terpendam
Memori semalam

Tinggal segala cinta
Tiada kembalinya abadi kasih kita
Kau bawa bersama

Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga selamanya

Pergilah rinduku hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung derita dikalbu
Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku

Tersemat jiwa setia bersamanya
Cinta murni berdua
Beribu tahunnya
Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga selamanya

Pergilah rinduku hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung derita di kalbuku
Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku
Membara kerana dia tiada niatku…

Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku membara
kerana dia tiada niatku…
maafkan daku duhai kasih izinkan ku pergi…